Sunday, November 29, 2009

kenali "White Sand of Kelantan State"...

assalamualaikum w.b.t

JAJAHAN PASIR PUTEH..
Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perak, buluh daun tal, besi, seramik, tembaga, daun nipah, kayu, dan mengkuang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Jajahan Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).

Pasir Puteh mempunyai penduduk sekitar 111,001.

SEJARAH NAMA...
Pasir Puteh sebelumnya lebih dikenali dengan nama Pangkalan Limbongan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah lawatan oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1911. Sultan Muhammad IV sangat kagum dengan keputihan dan kilauan pasir di sepanjang tebing sungai. Oleh itu, Sultan telah mengistiharkan nama tempat ini sebagai Pasir Puteh.

DESTINASI YANG PATUT ANDA LAWATI...
Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.

Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu. Air terjun Jeram Linang yang terletak di Kampung Lepan Rambai lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Pasir Puteh juga tidak kurang istimewanya. Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Linang anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Jalan utama yang menghubungkannya ialah Lebuh Raya Timor Barat iaitu dari Wakaf Linchong menghala ke Machang. Di Kampung Sungai Durian dalam daerah Bukit Abal terdapat hutan simpan Chabang Tongkat yang mempunyai jeram yang cantik juga. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan kemudahan untuk pelancong-pelancong dan masyarakat tempatan berkelah serta khemah-khemah untuk bermalam.


sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasir_Puteh,_Kelantan

Saturday, November 28, 2009

banjir pada 21/11/2009...gelombang ke-2 ..(new updates)!!


BERHAMPIRAN JAMBATAN TEBING TINGGI@ PASAR BATA


KENDERAAN YG MELALUI JALAN YG DINAIKI AIR


GATE BESAR TERUSAN PROJEK KEMASIN SEMERAK,KG GONG KULIM


KG GONG CHAPA


TERUSAN PROJEK KEMASIN SEMERAK , KG GONG KULIM

ni banjir kali ke-2 di kawasan antara jambatan sungai Rasau-jambatan kg Tebing Tinggi, Pasir Puteh....air mula naik pd waktu pg dan mula surut pd keesokannya....