Wednesday, March 30, 2011

Final exam coming soon...

assalamualaikum wbt:



Tik,tuk,tik,tuk..wah, rupa-rupanya dah hampir 15 minggu berlalu...apa yang aku dah belajar untuk semester nie ek???..automotif,manufacturing,fluid power, plant engineering...hmmm,camne la result untuk sem nie..test 1 da lepas, alhamdulillah lepas target aku, test 2 akan menyusul minggu nie dan minggu depan, sempat tak untuk study untuk test dua???...tapi yangpaling tension sekali bila final exam time table kuar 2 hari lepas..oh mak aih!!!..2 paper 2 hari berturut-turut plak...cmne nak study nie??sempat ke??...aku dah buat tinjauan dan risikan, so, aku perlu la belajar awal, jangan tunggu last2 minit...nanti huru hara..hahaha....kena planning awal lak...21/4,22/4,25/4, dan 27/4...tarikh2 penting aku untuk bulan nie...hmmm pastu kena pikir lak cmne nak bawak balik harta2 aku nie..al-maklumlah nie last semester aku..
k arios, 73

Thursday, March 24, 2011

INDUSTRY VISIT...

assalamulaikum wbt :

Kali nie aku nak kongsi sikit ketensionan aku pasal "industry visit" yang sepatutnya berlansung minggu nie "21-23Mac 2011". Tapi apakan daya,lawatan itu terpaksa dibatalkan atas sebab2 yang tidak dapat dijelaskan oleh pensyarah aku. Jikalau lawatan ini tidak dibatalkan, kami dapat melawat beberapa buah kilang.Penat2...huhu, sedih pun ada lebih kurang 1 bulan kami menyiapkan proposal untuk lawatan nie. Tengok2 batal macam tu je...huhuh...Tapi kerja kurang sikit pasal tak payah buat assignment.





gambar kenangan lawatan ke kilang SUMITOMO ELECTRIC SINTERED COMPONENT akhir tahun lepas..

Saturday, March 19, 2011

B.E.R.L.I.A.N dan D.I.A.M.O.N.D

assalamualaikum wbt


Hari ini aku terkejut besar apabila member aku bertanyakan macam mana nak eja BERLIAN..Aku ingat dia nak main2 je, tapi memang betul dia konfius ejaan berlian.Sampai aku sendiri pun konfius nak eja BERLIAN..hahah..Korang rasa mesti pelik kan,pasal nak eja berlian bukan susah pun.B.E.R.L.I.A.N..senang..heehe.kitorang hanya konfius pasal huruf "R",nak letak ke tak..kalau tak letak jadi perkataan BELIAN..aik pelik rasanya. Tapi kalau suruh eja DIAMOND laju je jawab,hahaha. Yelah eja DIAMOND ikut bahasa omputih senang berbanding eja BERLIAN. Inilah masalahnya kalau sekalu belajar dalam bahasa omputih, sampai nak eja perkataan dalam bahasa ibunda pun susah. Aku ni pun bukan reti sangat cakap omputih, dari tadika sampai sekarang tak pernah pandai2,hahaha. jadi moralnya kalau nak pakai bahasa omputih tu, jangalah sampai bahasa sendiri dilupakan..

p/s:antenna DIAMOND bleh tak kita panggil antena BERLIAN...