Tuesday, August 5, 2008

apakah itu radio amatur?

Radio amatur merupakan perkhidmatan radio komunikasi bagi bagi tujuan latihan diri,interkomunikasi dan penyiasatanteknikal yang dikendalikan oleh pemegang lesen radio amatur.
Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai ‘ham’ dan berupaya untuk berkomunikasi dengan pengendali radio amatur lain di seluruh dunia.Untuk menjadi pengendali radio amatur yang sah, seseorang perlu memiliki lesen radio amatur yang dikenali sebagai Penguntukan Radas Stesen Amatur (Amateur Station Apparatus Assignment) yang dipohon dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).Untuk mendapatkan lesen ini, seseorang perlu menduduki satu peperiksaan khas yang dikenali sebagai ‘Radio Amateur Examination’(RAE) dan peperiksan ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).Setelah lulus peperiksaan ini,seoarang ham boleh memohon lesen dan mendapatkan kata panggilan atau ‘Callsign’.

No comments: