Saturday, January 30, 2010

new HT.....

assalamualaikum wbt

buat pertama kalinya aku memperkenalkan mini HT aku yg terbaru...hahah, ni latest aku punyeer HT la selepas V85 aku yg kena curi dulu....aku beli model ni sebab ia kiut sgt2,dah le kecik setinggi pemetik api je...senang ckit nk bwk p kelas, just letak dalam poket seluar je (sekarang aku bwk trus p kelas, pasal risau nk tinggal kt rumah,takut kejadian dulu2 berulang)power x le kuat sgt, sesuai la dgn saiznye yg kecil..

perbezaan yg ketara....

yaesu vx3r

setakat ni tiada masalah nk simplex dr rumah sewa aku ke kampus, just guna low power (0.1W)dah dpt qso..blum pakai base punye antenna lg tu..pakai rubber duck je..mcm2 function ada kt handy ni cam,boleh belajar morse code,dgr radio FM dan AM...handy ni handy dualband...

73

Thursday, January 28, 2010

makan-makan

assalamulaikum wbt

kali ni dpt gk ler makan piza.kui,kui,kui....yg aku happy sangat sbb makan kali ni xpayah kuar modal sen2 pon....org blanja, sape xtolak kan....




Thursday, January 21, 2010

jom p Penang......

assalamualaikum wbt

nak pikir2 ni la perkara yang paling aneh yang pernah dibuat sepanjang aku kat Penang.Hahaha,projek nak pergi jalan2 kat pulau ni, telah dibajet dari tahun lepas lagi.Ceh, dapat jgk pergi dgn bebudak rumah aku, berbekalkan 4 bijik motor, kitorang pergi ler, plan nak pegi belah pagi, tp disebabkan masalah teknikal, lepas zohor baru gerak,tengah2 panas terik pulak tu...pergh!! memang panas ler, nak jalan2 punya pasal, naik ler feri, lama jgk ler kitorang tak naik feri, utk tahun ni pertama kali...sampai je kat jeti kat belah pulau, kitorang bajet nak pergi terus ke Gurney Plaza, berdasarkan pengalaman yg terlebih,kitorang memberi harapan penuh kpd Serul(bdk rumah aku),dia ckp dia tahu jalan nk pergi Gurney Plaza,jd, kitorang ikut je arah yg dilaluinya...adoi, skali sesat pulak kat sini, memalukan betul..hahaa,kata pro,ceh skali sesat terus..kitorang main pusing2 cari jalan mengambil masa 2jam,memang penah giler, sepatutnya kalau dr jeti feri mengambil masa dalam 15minit je,huhuu...semua jalan kitorang lalui....bile dpt jumpe tmpat yg ingin dituju memang gembira sangat2...so, kitorang pergi shopping ler,ptg2 ckit kitorang bersantai kat dataran Gurney...sampai ler malam selepas solat magrib, pergi makan malam kat Queensbay plak...dlm pukul 11 malam baru sampai rumah...letih...tp, 11.30 pergi tgk wayang plak...hahaha..memang lepak sakan...
tgk GPS dulu...kan dah sesat...

paking je tepi jalan, nk rehat, pasal xjumpa jalan kuar..kui,kui,kui


perbincangan pasal nak cari jalan...

penghilang dahaga, setelah penat berjalan-jalan...

handy FT60R tetap bersama....


posing ramai2.....muka xleh blah sensorang..cover malu pasal sesat 2jam.kui,kui,kui

moral: jangan cakap besar

Friday, January 8, 2010

my radio equipment

assalamualaikum wbt

mobile antenna...time aku balik kg je pakai kt jalopy
YAGI 5 ELEMENT utk base...element dah bengkok punca dr ribut, xsempat nk tune balik..swr mesti tinggi punya..skrng yagi tu telah direhatkan operasinya..hahaha
handy YAESU FT60R(9w2oic punya)
ICOM IC 2200H utk rig mobile

Tuesday, December 1, 2009

kenangan lalu......

assalamualaikum wbt

dulu aku dah tulis kat blog ni.....and then, masa duk main tukar-tukar link site kat tepi2 page ni, aku terdelete abis...huhuhu

nak citer balik la pasal aku kehilangan handy ICOM IC V85 yg baru dibeli kena curik dek pencuri yg bengap tuu...aku xnk la citer secara terperinci balik pasal kes kecurian kt umah sewa aku pada 29/9/09 baru2 nie... cuma nk upload ckit gambar yg xseberape ni...


laluan tikus...


bilik aku yg kena geledah....


icom v85 tu la yg kena curik...xsilap aku nie gmbr terakhir yg aku tangkap sebelum kena curi..

Sunday, November 29, 2009

kenali "White Sand of Kelantan State"...

assalamualaikum w.b.t

JAJAHAN PASIR PUTEH..
Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perak, buluh daun tal, besi, seramik, tembaga, daun nipah, kayu, dan mengkuang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Jajahan Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).

Pasir Puteh mempunyai penduduk sekitar 111,001.

SEJARAH NAMA...
Pasir Puteh sebelumnya lebih dikenali dengan nama Pangkalan Limbongan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah lawatan oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1911. Sultan Muhammad IV sangat kagum dengan keputihan dan kilauan pasir di sepanjang tebing sungai. Oleh itu, Sultan telah mengistiharkan nama tempat ini sebagai Pasir Puteh.

DESTINASI YANG PATUT ANDA LAWATI...
Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.

Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu. Air terjun Jeram Linang yang terletak di Kampung Lepan Rambai lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Pasir Puteh juga tidak kurang istimewanya. Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Linang anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Jalan utama yang menghubungkannya ialah Lebuh Raya Timor Barat iaitu dari Wakaf Linchong menghala ke Machang. Di Kampung Sungai Durian dalam daerah Bukit Abal terdapat hutan simpan Chabang Tongkat yang mempunyai jeram yang cantik juga. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan kemudahan untuk pelancong-pelancong dan masyarakat tempatan berkelah serta khemah-khemah untuk bermalam.


sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasir_Puteh,_Kelantan

Saturday, November 28, 2009

banjir pada 21/11/2009...gelombang ke-2 ..(new updates)!!


BERHAMPIRAN JAMBATAN TEBING TINGGI@ PASAR BATA


KENDERAAN YG MELALUI JALAN YG DINAIKI AIR


GATE BESAR TERUSAN PROJEK KEMASIN SEMERAK,KG GONG KULIM


KG GONG CHAPA


TERUSAN PROJEK KEMASIN SEMERAK , KG GONG KULIM

ni banjir kali ke-2 di kawasan antara jambatan sungai Rasau-jambatan kg Tebing Tinggi, Pasir Puteh....air mula naik pd waktu pg dan mula surut pd keesokannya....

Tuesday, August 5, 2008

apakah itu radio amatur?

Radio amatur merupakan perkhidmatan radio komunikasi bagi bagi tujuan latihan diri,interkomunikasi dan penyiasatanteknikal yang dikendalikan oleh pemegang lesen radio amatur.
Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai ‘ham’ dan berupaya untuk berkomunikasi dengan pengendali radio amatur lain di seluruh dunia.Untuk menjadi pengendali radio amatur yang sah, seseorang perlu memiliki lesen radio amatur yang dikenali sebagai Penguntukan Radas Stesen Amatur (Amateur Station Apparatus Assignment) yang dipohon dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).Untuk mendapatkan lesen ini, seseorang perlu menduduki satu peperiksaan khas yang dikenali sebagai ‘Radio Amateur Examination’(RAE) dan peperiksan ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).Setelah lulus peperiksaan ini,seoarang ham boleh memohon lesen dan mendapatkan kata panggilan atau ‘Callsign’.