Saturday, May 22, 2010

dulu-dulu

assalamualaikum wbt

lama aku tak tulis pape kat blog nie. Malas rasanya...heheh...sekarang aku buat program intersesi (belajar time cuti), jadi aku balik bercuti kat kg pon kejap je.Time balik kg aku tengok anak buah aku main walkie-talkie.Ceh, teringat plak yg walkie-talkie tu aku punye time aku sekolah rendah.Tak silap, harga time tu murah je RM12 sebijik yg dibeli oleh abang aku.Tak sangka time kecik2 main walkie-talkie mainan je dan sekarang ada yg betol2 punye hahaha..
yang warna hijau tu la handy mainan, dan 2 lagi tu handy yg betol kepunyaan aku dan 9W2OIC...

ni la orang kata mimpi menjadi kenyataan....hahaha

Monday, March 29, 2010

9M2???.....

assalamualaikum wbt

kadang aku duk terfikir jugak, ble la aku akan dpt 9M2....lau dpt memang best nie, dpt terbang lagi jauh,(tp kt simplex n repeater ak jarang masuk jgk)...hahahah...sekarang aku dah mula mengenal bunyi2 morse code...target aku tahun nie atau tahun depan insyaallah akan dpt...hoho....


arios 73..

Saturday, March 6, 2010

menawan Bukit Bendera.....

assalamualaikum wbt

alhamdulillah perjalanan mendaki puncak Bendera berjalan lancar, aku dan 9W2ZNW(Jali) mewakili rakan ham dr UiTMPP bersama-sama rombongan dari Kor Jabatan Pertahanan Awam UiTMPP, telah selamat pergi dan pulang.Aku dapat gak merasa mendaki bukit ni, dan perjalan ke puncak amat mencabar.Dalam perjalanan ke puncak ni, dapat la aku berkomunikasi menggunakan handy,hehehe.


berkumpul persediaan untuk mendaki (aku tak payah berkumpul, pasal aku just anggota pengiring mewakili rakan ham UiTMPP)

yang baju oren adalah SWLBasir, dia akan ambik RAE tahun nie, die la yang mempelawa aku bersama jali(9W2ZNW) mengikuti aktiviti nie, terima kasih Basir...


yang depan tu, adalah 9W2ZNW,handle Jali...tengah mengecheck handy dia pasal kekurangan bateri..

anggota JPAM yang mengiringi kami....

berehat sekejap kat check point...

tengah bagi tips tu...tp xtau la tips apekebendanya..hihi

possing bersama repeater ASTRA....

terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.Terutama kepada anggota JPAM Geogetown P.Pinang...arios,73

Tuesday, March 2, 2010

new mobile antenna....

assalamualaikum wbt

Baru beli antenna mobile... sungguh kecik.....

masih dalam bungkusan..




test kt kereta member...



Friday, February 26, 2010

my antenna....

assalmualaikum wbt

semua da settle, antena yagi 3 element da siap...hasil kerja aku bersama 9W2ZNW...dia memang terer la...cek swr ok, cuma tak la tinggi sgt aku pacak antena ni..sama tinggi dengan bumbung rumah sewa je..bleh la QSO dengan lebih baik..lagi jauh bleh tx...sampai aku jd net controller utk frq. simplex dengan bebudak UiTM..hahahaha..bleh plak aku jd net controller....stakat nie semua repeater kat Penang, dan reapeter kt G.Jerai bleh tx

imaginasi.......

assalamualaikum wbt

lama plak aku xtulis ape2 kat blog nie...QRL dengan tugasan la katakan..hehehe...balik cuti satu minggu memang best giler,macam2 dapat dibuat,semua ada kat kampung, adik beradik sume ada, anak2 sedara pun ada, hahaha.... masa duk kat tingkap ternampak plak anak buah aku duk main pasir, teringAT masa kecik2 dulu, aku pun suka gak main pasir nie...tu la macam2 imaginasi budak2 nie, diorang ni lukis je apa yg ada kat dalam kepala diorang..hahahaha...sebelum tangkap gambar ni diorang ada lak lukis gambar "power rangers",tapi xsempat nak ambik lak...aku suka plak tgk bebudak nie lukis..hehehehe...

Thursday, February 11, 2010

wait for me!!!!

assalamualaikum wbt

da lama aku xtulis kat blog nie...rasa malas plak nak tulis coretan kat sini..tp aku merajinkan diri untuk utk tulis sesuatu kt sini...nak tulis apa ek???? aku xde modal nak dituliskan...tik, tuk, tik, tuk...da ckup sebulan lebih ak akt Penang....skrng plan nak balik plak....lama xbalik kampung..rindu pada mak ayah, adikberadik, dan juga anak sedara..walaupun mereka buas sesangat....heheheh....kalau xde ara melintang 11/2/2010 aku akan bertolak pulang ke Kelantan, bersama-sama member2 seangkatan...hahhaa...motor sudah di servis, nak packing barang, rasa2 xpayah kot..sebab cuti xpanjang sgt...apa lagi ek nak tulis???ok la 73...cheriooo

Saturday, January 30, 2010

new HT.....

assalamualaikum wbt

buat pertama kalinya aku memperkenalkan mini HT aku yg terbaru...hahah, ni latest aku punyeer HT la selepas V85 aku yg kena curi dulu....aku beli model ni sebab ia kiut sgt2,dah le kecik setinggi pemetik api je...senang ckit nk bwk p kelas, just letak dalam poket seluar je (sekarang aku bwk trus p kelas, pasal risau nk tinggal kt rumah,takut kejadian dulu2 berulang)power x le kuat sgt, sesuai la dgn saiznye yg kecil..

perbezaan yg ketara....

yaesu vx3r

setakat ni tiada masalah nk simplex dr rumah sewa aku ke kampus, just guna low power (0.1W)dah dpt qso..blum pakai base punye antenna lg tu..pakai rubber duck je..mcm2 function ada kt handy ni cam,boleh belajar morse code,dgr radio FM dan AM...handy ni handy dualband...

73

Thursday, January 28, 2010

makan-makan

assalamulaikum wbt

kali ni dpt gk ler makan piza.kui,kui,kui....yg aku happy sangat sbb makan kali ni xpayah kuar modal sen2 pon....org blanja, sape xtolak kan....




Thursday, January 21, 2010

jom p Penang......

assalamualaikum wbt

nak pikir2 ni la perkara yang paling aneh yang pernah dibuat sepanjang aku kat Penang.Hahaha,projek nak pergi jalan2 kat pulau ni, telah dibajet dari tahun lepas lagi.Ceh, dapat jgk pergi dgn bebudak rumah aku, berbekalkan 4 bijik motor, kitorang pergi ler, plan nak pegi belah pagi, tp disebabkan masalah teknikal, lepas zohor baru gerak,tengah2 panas terik pulak tu...pergh!! memang panas ler, nak jalan2 punya pasal, naik ler feri, lama jgk ler kitorang tak naik feri, utk tahun ni pertama kali...sampai je kat jeti kat belah pulau, kitorang bajet nak pergi terus ke Gurney Plaza, berdasarkan pengalaman yg terlebih,kitorang memberi harapan penuh kpd Serul(bdk rumah aku),dia ckp dia tahu jalan nk pergi Gurney Plaza,jd, kitorang ikut je arah yg dilaluinya...adoi, skali sesat pulak kat sini, memalukan betul..hahaa,kata pro,ceh skali sesat terus..kitorang main pusing2 cari jalan mengambil masa 2jam,memang penah giler, sepatutnya kalau dr jeti feri mengambil masa dalam 15minit je,huhuu...semua jalan kitorang lalui....bile dpt jumpe tmpat yg ingin dituju memang gembira sangat2...so, kitorang pergi shopping ler,ptg2 ckit kitorang bersantai kat dataran Gurney...sampai ler malam selepas solat magrib, pergi makan malam kat Queensbay plak...dlm pukul 11 malam baru sampai rumah...letih...tp, 11.30 pergi tgk wayang plak...hahaha..memang lepak sakan...
tgk GPS dulu...kan dah sesat...

paking je tepi jalan, nk rehat, pasal xjumpa jalan kuar..kui,kui,kui


perbincangan pasal nak cari jalan...

penghilang dahaga, setelah penat berjalan-jalan...

handy FT60R tetap bersama....


posing ramai2.....muka xleh blah sensorang..cover malu pasal sesat 2jam.kui,kui,kui

moral: jangan cakap besar

Friday, January 8, 2010

my radio equipment

assalamualaikum wbt

mobile antenna...time aku balik kg je pakai kt jalopy
YAGI 5 ELEMENT utk base...element dah bengkok punca dr ribut, xsempat nk tune balik..swr mesti tinggi punya..skrng yagi tu telah direhatkan operasinya..hahaha
handy YAESU FT60R(9w2oic punya)
ICOM IC 2200H utk rig mobile

Tuesday, December 1, 2009

kenangan lalu......

assalamualaikum wbt

dulu aku dah tulis kat blog ni.....and then, masa duk main tukar-tukar link site kat tepi2 page ni, aku terdelete abis...huhuhu

nak citer balik la pasal aku kehilangan handy ICOM IC V85 yg baru dibeli kena curik dek pencuri yg bengap tuu...aku xnk la citer secara terperinci balik pasal kes kecurian kt umah sewa aku pada 29/9/09 baru2 nie... cuma nk upload ckit gambar yg xseberape ni...


laluan tikus...


bilik aku yg kena geledah....


icom v85 tu la yg kena curik...xsilap aku nie gmbr terakhir yg aku tangkap sebelum kena curi..

Sunday, November 29, 2009

kenali "White Sand of Kelantan State"...

assalamualaikum w.b.t

JAJAHAN PASIR PUTEH..
Pasir Puteh merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Jajahan Pasir Puteh merupakan salah satu daripada enam zon yang dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jenis-jenis perusahaan kraftangan yang diusahakan oleh mereka adalah seperti kraftangan daripada perak, buluh daun tal, besi, seramik, tembaga, daun nipah, kayu, dan mengkuang.

Jajahan Pasir Puteh mempunyai hospital sendiri, iaitu Hospital Tengku Anis yang terletak di Jalan Kota Bharu. Selain itu, jajahan ini mempunyai ibu pejabat polis sendiri, bersama-sama dengan sekurang-kurang empat balai dan dua pondok polis.

Jajahan Puteh mempunyai 8 daerah dan 73 buah mukim Penghulu. Daerah-daerah itu ialah Padang Pak Amat, Bukit Abal, Bukit Awang, Bukit Jawa, Gong Datuk, Jeram, Limbongan dan Semerak. Keluasan keseluruhan jajahan ini ialah 167.2 batu persegi (433.8 kilometer persegi).

Pasir Puteh mempunyai penduduk sekitar 111,001.

SEJARAH NAMA...
Pasir Puteh sebelumnya lebih dikenali dengan nama Pangkalan Limbongan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah lawatan oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1911. Sultan Muhammad IV sangat kagum dengan keputihan dan kilauan pasir di sepanjang tebing sungai. Oleh itu, Sultan telah mengistiharkan nama tempat ini sebagai Pasir Puteh.

DESTINASI YANG PATUT ANDA LAWATI...
Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai "Pantai Dalam Rhu", terletak di jajahan Pasir Puteh, dekat Semerak, kira-kira 50 kilometer daripada Kota Bharu. Pantai ini yang mengandungi pokok-pokok ru adalah sesuai untuk perkelahan keluarga. Kemudahan luncur angin juga disediakan di tempat persiaran ini.

Air terjun Jeram Pasu yang merupakan air terjun Kelantan yang paling popular terletak di Kampung Padang Pak Amat, lebih kurang 35 kilometer dari selatan Kota Bharu. Air terjun Jeram Linang yang terletak di Kampung Lepan Rambai lebih kurang 15 kilometer dari Bandar Pasir Puteh juga tidak kurang istimewanya. Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Linang anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Jalan utama yang menghubungkannya ialah Lebuh Raya Timor Barat iaitu dari Wakaf Linchong menghala ke Machang. Di Kampung Sungai Durian dalam daerah Bukit Abal terdapat hutan simpan Chabang Tongkat yang mempunyai jeram yang cantik juga. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan kemudahan untuk pelancong-pelancong dan masyarakat tempatan berkelah serta khemah-khemah untuk bermalam.


sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasir_Puteh,_Kelantan

Saturday, November 28, 2009

banjir pada 21/11/2009...gelombang ke-2 ..(new updates)!!


BERHAMPIRAN JAMBATAN TEBING TINGGI@ PASAR BATA


KENDERAAN YG MELALUI JALAN YG DINAIKI AIR


GATE BESAR TERUSAN PROJEK KEMASIN SEMERAK,KG GONG KULIM


KG GONG CHAPA


TERUSAN PROJEK KEMASIN SEMERAK , KG GONG KULIM

ni banjir kali ke-2 di kawasan antara jambatan sungai Rasau-jambatan kg Tebing Tinggi, Pasir Puteh....air mula naik pd waktu pg dan mula surut pd keesokannya....

Tuesday, August 5, 2008

apakah itu radio amatur?

Radio amatur merupakan perkhidmatan radio komunikasi bagi bagi tujuan latihan diri,interkomunikasi dan penyiasatanteknikal yang dikendalikan oleh pemegang lesen radio amatur.
Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai ‘ham’ dan berupaya untuk berkomunikasi dengan pengendali radio amatur lain di seluruh dunia.Untuk menjadi pengendali radio amatur yang sah, seseorang perlu memiliki lesen radio amatur yang dikenali sebagai Penguntukan Radas Stesen Amatur (Amateur Station Apparatus Assignment) yang dipohon dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).Untuk mendapatkan lesen ini, seseorang perlu menduduki satu peperiksaan khas yang dikenali sebagai ‘Radio Amateur Examination’(RAE) dan peperiksan ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).Setelah lulus peperiksaan ini,seoarang ham boleh memohon lesen dan mendapatkan kata panggilan atau ‘Callsign’.